Entry pada kali ini saya ingin
mengupas serba sedikit mengenai Guru Cemerlang.Khusus kepada guru-guru yang
berminat untuk mengikuti laluan kerjaya sebagai guru cemerlang(GC) di
sekolah.Marilah kita fahami dan telitikan maklumat yang boleh saya kongsikan
disini sebagai persediaan untuk memohon status sebagai Guru Cemerlang ini.
Untuk
pengetahuan semua , selain kenaikan pangkat melalui “Time ased” , kerajaan turut memperkenalkan laluan kenaikan pangkat
sebagai Guru Cemerlang .Laluan ini memberi peluang kepada guru untuk menyerlahkan
kecemerlangan diri mereka dalam mata pelajaran yang diajar dan ataupun dalam
bidang pengkhusususan tanpa perlu menukar ke jawatan pentadbiran.Sememangnya
sesetengah guru tidak meminati bidang pentadbiran maka laluan kerjaya GC
merupakan jawapan kepada anda untuk meneruskan kecemerlangan diri.
Guru
Cemerlang ialah guru yang dilantik khusus
sebagai rol model dan inspirasi kepada guru-guru lain untuk meningkatkan
tahap pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah masing-masing.Guru-
guru akan lebih bermotivasi, berkepimpinan, berpengalaman dan pakar dalam
sesuatu perkara bagi memperkasakan kemenjadian murid di sekolah.Kewujudan GC
diharapkan dapat menjadi pemangkin bagi sesebuah sekolah untuk meningkatkan
prestasi akademik yang lebih cemerlang ,gemilang dan terbilang.
Bagi
memahami punca kuasa pula,pada tahun 1993 mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan memorandum bertajuk “ Sistem
Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan: Cadangan Yang Cemerlang”.
Hasilnya, konsep Guru Cemerlang telah dijadikan sebagai satu laluan kenaikan
pangkat yang baru mulai tahun 1994.
SYARAT-SYARAT PEMANGKUAN
Bagi melayakkan calon untuk memangku Guru Cemerlang , calon perlu memenuhi syarat-syarat pemangkuan yang ditetapkan. Syarat-syarat pemangkuan terbahagi kepada (2) bahagian iaitu syarat-syarat khusus.
Bagi melayakkan calon untuk memangku Guru Cemerlang , calon perlu memenuhi syarat-syarat pemangkuan yang ditetapkan. Syarat-syarat pemangkuan terbahagi kepada (2) bahagian iaitu syarat-syarat khusus.
A.Syarat-syarat umum
1.Disahkan dalam perkhidmatan (bagi urusan pemangkuan ke Gred DG44(KUP) sahaja):2.Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan LNPT bagi 3 tahun terakhir;
3.Bebas daripada tindakan tatatertib;
4.Telah mengisytiharkan harta;
5.Lulus tapisan keutuhan SPRM;
6.Bebas daripada senarai Peminjam Tegar
Institusi Pinjaman Pendidikan;
7.Diperakukan oleh Ketua Jabatan /
Perkhidmatan.
B.Syarat-syarat khusus
Bagi Gred DGA32(KUP): sekurang-kurangnya 5 tahun mengajar termasuk 3 tahun mengajar mata pelajaran kepakaran:
Bagi Gred DG44(KUP): sekurang-kurang 5
tahun mengajar termasuk 3 tahun terakhir mengajar mata pelajaran pakar;
Bagi Gred DG48(KUP);
telah dinaikkan pangkat ke Gred DG44(KUP)/Gred DG44 hakiki;
Bagi Gred DG52(KUP): telah dinaikkan
pangkat ke Gred DG48(KUP)/Gred48 hakiki;
Bagi Gred DG54(KUP): telah dinaikkan
pangkat ke Gred DG52(KUP)/Gred DG52 hakiki;
Bagi Gred Khas C (KUP): telah
dinaikkan pangkat ke Gred DG54(KUP)/Gred DG54 hakiki.